Monday, November 16, 2009

Bersyukurlah Dengan Apa Sahaja.

Kita wajib mensyukuri dengan apa pun yang menimpa kita. Ini bukan masalah keberuntungan. Bersyukur membuatkan kita untuk sentiasa menyingkirkan posisi negatif daripada hidup. Orang lain mungkin mengatakan bahawa kita tidak realistik. Namun, sebenarnya sikap kita jauh lebih realistik, iaitu membebaskan diri kita daripada kecemasan atas kesalahan.

Bersyukur mendorong kita untuk bergerak maju dengan penuh bersemangat. Tidak ada yang meringankan hidup kita selain sikap bersyukur. Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak kita menerima. Semakin banyak kita mengingkari, semakin berat beban yang mengganggu pada diri kita. Kebanyakan orang lebih terpaku pada kegagalan lalu mengingkarinya. Sedikit sekali yang melihat pada keberhasilan lalu mensyukurinya kerana kita tidak akan pernah berhasil dengan keluhan dan berkeluh kesah. Kita berhasil kerana berusaha. Sedangkan usaha kita lakukan kerana kita melihat posisi positif. Hanya dengan bersyukurlah posisi positif itu nampak di pandangan kita.

Sunday, November 15, 2009

Tindakan Kita Sebatas Kita Memandang Dunia.

Apabila kita memandang diri kita kecil, dunia akan nampak sempit, dan tindakan kita pun menjadi kerdil.

Namun, apabila kita memandang diri kita besar, dunia kelihatan luas, kita pun melakukan hal - hal penting dan berharga. 

Tindakan kita adalah cermin bagaimana kita melihat dunia. Sementara dunia kita tidak lebih luas daripada fikiran kita tentang diri kita sendiri. Itulah mengapa kita diajarkan untuk berprasangka positif pada diri sendiri agar kita bisa melihat dunia lebih indah dan bertindak selaras dengan kebaikan - kebaikan yang ada dalam fikiran kita. Padahal dunia tidak memerlukan penilaian apa - apa daripada kita. Ia hanya memantulkan apa yang ingin kita lihat. Ia menggemakan apa yang kita dengar. Bila kita takut menghadapi dunia, sesungguhnya kita takut menghadapi diri kita sendiri.

Maka, bukan soal apakah kita berprasangka positif  atau negatif  terhadap diri sendirir. Melampaui di atas itu, kita perlu jujur melihat diri sendiri apa adanya dan dunia pun menampakkan realitinya yang selama ini tersembunyi di balik penilaian - penilaian kita.



Sunday, November 8, 2009

Sedikit Demi Sedikit, Lama - Lama Jadi Bukit

Pepatah ini sederhana sahaja, "sedikit demi sedikit, lama - lama jadi bukit." kita biasanya memaknainya bahawa apabila kita mengumpulkan sesen demi sesen pada saatnya kita akan mendapatkan seguni. Namun, sesungguhnya pepatah ini tidak sekadar berbicara tentang hidup hemat atau ketekunan menabung.

Pepatah ini menyingkap tentang sesuatu yang lebih berharga dari sekadar seguni wang, iaitu bila kita mampu mengumpulkan kebaikan dalam setiap tindakan - tindakan kecil kita, maka kita akan mendapat kebesaran dalam jiwa kita.

Bagaimanakah tindakan - tindakan kecil itu mencerminkan kebesaran jiwa pemiliknya?
Iaitu apabila disertakan dengan secebis kasih sayang didalamnya. Ucapan terima kasih, seukir senyuman, sapaan ramah atau pelukan sahabat adalah merupakan tindakan yang mungkin sedikit sahaja. Namun, dalam liputan kasih sayang, ia jauh lebih tinggi daripada segunug tabungan kita.