Sunday, September 13, 2009

13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, dalam setahun ada satu bulan yang mana kedatangannya sentiasa dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman. Bulan tersebut dinamakan sebagai BULAN RAMADHAN. Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya masih lagi memberi kita peluang untuk bersama atau bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan pada tahun ini. Pada bulan ini Allah s.w.t mencurahkan segala kebaikan-Nya untuk segenap hamba - hamba-Nya yang beriman. Di bulan Ramadhan ini juga, para sahabat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w dan salafus shalih terdahulu selalu berlumba - lumba untuk melakukan kebaikan dan amal ibadah.  
Namun kini, keadaan umat islam sungguh menyedihkan dan memilukan. Majoriti umat islam sekarang bukan sahaja lemah untuk di ajak berfastabiqul khairat (berlumba - lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai - bagai kesalahan. Marilah kita bersama - sama merenung dan memuhasabah diri :-
Antara kesilapan tersebut ialah :-
  •  BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT. 
Sanggup berlapar dan dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat.Anak disuruh berpuasa tetapi dibiarkan tidak solat.Ada juga yang berpuasa tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika di bulan Ramadhan sahaja. 
Orang seperti di atas, puasa dah sedekahnya tidak bermanfaat. Ini kerana solat adalah tiang utama agama Islam.
  • TIDAK MENJAGA BATAS - BATAS AGAMA.
Terutamanya hal yang berkaitan dengan aurat. Lelaki memakai seluar pendek sehingga menampakkan auratnya. Manakala, perempuan pula tidak bertudung dan memakai pakaian yang menjolok mata.
  • MEMGHABISKAN MASA DENGAN MENONTON TELEVISYEN, VIDEO DAN CD. 
Menonton siaran televisyen, video dan CD yang membawa kepada kelalaian, tidak memberi faedah dan juga banyak membuang masa yang sepatutnya masa tersebut adalah yang terbaik untuk kita melakukan amal ibadah.
  • MEREBUT PELUANG MENCARI DUIT DENGAN BERNIAGA TETAPI MENINGGALKAN PELUANG MENDAPAT PAHALA BERGANDA-GANDA.
  • SEMAKIN CEPAT MARAH.
Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan Ramadhan ini yang banyak menuntut kita supaya bersabar.
  • MEMBAZIR KETIKA BERBUKA PUASA.
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
  • TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH.
  • MEMBIARKAN ATAU MENGGALAKKAN ANAK-ANAK BERMAIN MERCUN.
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang sedang menunaikan solat terawih di masjid atau surau yang berdekatan dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
  • HANYA BERPUASA MAKAN DAN MINUM SAHAJA.
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya. Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
  • TANPA PERSEDIAAN MENTAL DAN EMOSI TENTANG MATLAMAT, KELEBIHAN DAN KEDUDUKAN PUASA RAMADHAN.
Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, "maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43).
Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih)
  • MENANG SORAK, TERAWIH ALA KADAR.
Solat secara 'ekspress' dan juga malakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat Al-Quran, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thoma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada orang yang tidak thoma'ninah dalam solatnya : "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih)
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja dan juga saf solat tarawih tidak dipenuhkan.
  • TADARUS AL-QURAN HANYA DI BULAN RAMADHAN SAHAJA.
  • TIDAK MAHU BERSAHUR.
"Sahurlah kamu kerana di dalam sahur itu ada berkat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi).   
  

Tuesday, September 8, 2009

Ape yang akan berlaku dengan tarikh ini 21 12 2012??

"Tarikh ini kini banyak diceritakan dalam internet dan kini hangat didebatkan. Sebuah filem akan keluar bulan ini mengenai kisah ini. dalam google ada lebih 700.000 hit . Lebih dari 6500 video telah diposting di YouTube. ribuan buku juga d tulis mengenai fenomena ini. Apakah tarikh itu? Ramai yang meramalkan dunia akan kiamat pada tarikh tersebut dengan merujuk perkara berikut..

 1. Matahari akan terhubung lurus dengan pusat Tata Surya. Pertama kalinya semenjak 26000 tahun yang lalu, yang menanda puncak musim dingin. Beberapa orang mengatakan hal ini akan mempengaruhi aliran haba ke bumi, atau karana adanya sunspot dan sunflare yang jumlahnya membanyak, menyebabkan adanya efek terhadap medan magnet bumi.

 2. Masyarakat Maya Kuno, yang dikenal maju ilmu matematik dan astronominya, mengikuti “perhitungan panjang” kalender yang mencapai 5,126 tahun. Ketika peta astronomi mereka dipindahkan ke kalender Gregorian, yang digunakan secara standard sekarang, waktu perhitungan bangsa Maya berhenti pada 21 Desember 2012.

  3.1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 julai hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj.
Tapi kita sebagai umat islam apa perlu takut dengan tarikh itu. Kita memang percaya dengan hari kiamat. Setiap insan akan meninggal walaupun bukan kerana hari kiamat. Amal jariah didunia sahaja jadi perhintungan diakhirat. Tarikh kiamat hanya ALLAH swt saja tau. Kita tidak boleh buat ramalan. Cerita2 ini boleh kita buat rujukankan dan menjadikan pedoman agar kita lebih insaf,taubat dan taat kepada ALLAH swt.

Thursday, September 3, 2009

ISTIMEWANYA BILA RAMADHAN HADIR...



Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Tuesday, September 1, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Salam Ramadhan Buat Insan Tersayang, my beloved sister yang sekarang nie berada nun jauh di utara tanah air... blajaq lekok yer... nanti kite jumpe yer kak.... salam sayang penuh kerinduan jugak tuk akak.... tak sabar rasanyer nak jumpe akak....

Buat Family kat umah... my dad, alhamdulillah dpt lg kt menjalani ibadah puasa pd tahun nie... rindu nak balik umah lg minggu nie... tp keje bnyak, maaf yer ayah. Nanti nak dekat raya kt jumpa plak yer.

Tak lupa jgk pada my mum, abg, ali, syakinah, 'asyirah n cute boy, atih... SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dgn JAYA nyer....

atih pose penuh yer thn nie... nanti ayah bg duit... jeles akak.

tak ketinggalan jgk tuk my twin yg duk kat kolej universiti insaniah, kedah. Sabar le yer... jauh perantauan. Harap nyer hepi slalu la yer...

Buat sahabat2 kat Ma'ahad Darul Anuar...
amirah, manizan, syima, hananie ibrahim, kembar nani nisah, aini, raihanah, yaya, asmad.dan yg len2 lg... maaf ler lau nama xdok dalam senarai... bukan lupe yer.... ingat sokmo...