Monday, June 29, 2009

Pesanan Buat Muslimin & Muslimat

"Allah telah menjadikan setiap kejadian ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah s.w.t telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman. Maka, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ye?? Pasti anda juga tahu maksudnya. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. So, mata lelaki selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan seterusnya lelaki akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak sama sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah... agar mata-mata lelaki tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki akan kembali semula ke atas. Melihat pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita. Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdal... kat mydin berlambak...

Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu ingin meminangnya dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah... Maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat rumah. Lebih selamat.

Itulah wahai sahabat sekalian berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah istimewanya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, hukum Allah itu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat-sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tidak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki"









Friday, June 26, 2009

LELAKI...


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah.

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku, Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu, Acuan Madrasah Rasul.

Sahabat, bersabarlah dengan dugaan…

Sahabat, kenapa engkau menyendiri di sudut sana, kulihat dahimu berkerut memikirkan nasib diri yang engkau hadapi, terkadang air matamu seperti air sungai yang mengalir deras di pipimu, hatimu penuh dengan keluh kesah. Engkau memandang ujian yang dihadapi selama ini amat berat, benar-benar menghimpit jiwa dan menyesakkan dada. Engkau ingin bahagia seperti orang lain, ingin ketawa dan sentiasa tersenyum, bahkan terkadang engkau iri hati melihat orang lain sentiasa sahaja bergembira.

Sesekali engkau menceritakan betapa malangnya untung nasibmu, ’selalu sahaja tersandung ketika berjalan’. Engkau menceritakan tentang menjadi harapan pada dua hati ibu ayah yang ingin melihatkan kejayaan anaknya. Takut benar melihat mereka kecewa apatah lagi menitiskan air mata. Bagimu teguran mereka apatah lagi air mata merupakan satu dosa besar yang tidak dapat diampunkan buat dirimu. Engkau diajar untuk mengejar kesempurnaan dengan usaha, bagimu dengan berusaha pasti akan berjaya. Lalu engkau lupa bahawa natijah setiap sesuatu itu bukan ditangan manusia, tetapi pada ALLAH s.w.t..

Sahabat, jiwamu terkadang memberontak, engkau akan memarahi orang lain yang tidak mempunyai apa-apa dosa pada dirimu, engkau menyalahkan keadaan dan benci dengan alam sekelilingmu, lalu bisikan-bisikan nafsu syaitan datang merayu, menghasut. Suka benar ia melihat manusia bersedih dengan kegagalan, suka benar ia melihat engkau berduka dan menyalahkan takdir. Jahat benar bisikan itu yang mengajakmu untuk memutuskan nyawamu dengan membunuh diri sebagai jalan mudah untuk penyelesaian masalah.

Wahai sahabat, dengan hanya menangis, mengeluh, engkau tidak akan mendapat apa-apa pun. Bahkan hatimu akan dirundung pilu sepanjang masa, dan pada masa itu akal dan fizikalmu akan lemah, bagaimana engkau akan membina masa depan semula jika fikiranmu selalu sahaja memikirkan tentang kelemahan dan kekurangan diri? Benar, memikirkan kekurangan diri itu perlu tetapi untuk membina keyakinan dan memperbaiki diri, tetapi ia tidak akan dapat mengubah apa-apa hanya dengan air mata.

Sahabat, Tuhan telah memberitahu kita, bahawa setiap kesusahan itu diikuti dengan kemudahan, setiap ujian dan kegagalan hidup itu ada jalan keluarnya bagi orang yang bertaqwa. Lupakah engkau dengan qada’ dan qadar Tuhan?

Sahabat, hidup ini adalah amanah yang bukan milikmu sahaja, ada perkaitan dengan Tuhan, manusia dan makhluk Allah yang lain. Bukanlah satu kegagalan di dalam hidup jika engkau tersandung pada kali ini, malahan jika ia datang berkali-kali di dalam hidup.


Tidakkah engkau lihat, bagaimana burung yang tidak berakal itu pada paginya tidak mempunyai apa-apa, sepulang sahaja pada petangnya, ia membawa makanan. Pernahkah engkau terfikir dan tertanya-tanya pada dirimu sendiri bahawa dari mana ia mendapatkan rezeki itu jika tidak ia berusaha dan yakin untuk mencarinya? Bahawa beburung yang berterbangan itu tidak ada yang menahannya kecuali Allah s.w.t..

Lihat sahaja wahai sahabat, semut yang menanggung beban gula 2 kali ganda berat daripada badannya, tetap juga diusungnya dengan gigih dan sabar. Sesekali rezeki itu hilang entah kemana kerana ada gangguan di jalanan, terlepas lagi makanan untuk rakyatnya. Tidak pula ia berundur dengan tangan kosong sahaja, tetap juga ia bertasbih dan bertahmid kepada Allah s.w.t tanda syukur. Pernahkah kita melihat semut ini membunuh dirinya sendiri hanya kerana ia gagal mendapatkan makanan? SubhanaLlah! Alangkah hebatnya Allah menjadikan binatang sekecil itu untuk dijadikan perbandingan kepada manusia.

Jangan pula engkau berani membuat hukuman buat dirimu sendiri padahal ia bukan hakmu untuk berbuat demikian. Sekali lagi kukatakan bahawa nyawa, jasad, rerambut, kuku malahan kulit ini bukanlah milik kita. Tidak mampu kita untuk memberi alasan apa di hadapan Tuhan di hari perhitungan nanti... belajarlah untuk menjadi seorang yang redha dan syukur di atas taqdirNya.

Sungguh Allah Maha Tahu mengapa Dia memberikan ujian kegagalan dan dugaan kepada kita. Terkadang dengan kejayaan boleh melalaikan kita untuk ingat kepadaNya, berapa ramai yang menjadi takbur dengan kejayaan, dengan kekayaan seperti fir’aun yang bongkak dan mengaku dirinya Tuhan!! Allah memerintah Iblis untuk sujud (hormat) kepada Adam, tetapi ia congkak dengan kehebatan kejadian dirinya dari api dan Adam itu dari tanah. Sekurang-kurangnya jika engkau hilang segalanya dalam hidup, tetapi masih ada cahaya di dalam hati iaitu iman kepada Allah. Dikala itu, di hadapan Tuhan nanti, masih ada jawapan yang kukuh untuk engkau berikan agar selamat dari seksaan neraka....

Allah membuat gedung bagi para pencintaNya, lotengnya adalah susah dan gundah sedangkan mudharat adalah tiangnya, Allah memasukan mereka ke dalamnya dan mengunci pintunya. DIA katakan pada mereka : Sabar itu kunci pintunya.

Thursday, June 25, 2009

Doa Asy-Syaikh Muhammad Saad Al-Kandahlawi


“Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami

Ya Allah tutupkanlah kesalahan-kesalahan kami

Ya Allah tukarkanlah keburukan-keburukan kami kepada kebaikan-kebaikan

Ya Allah Engkau masukkan hakikat iman dalam hati kami

Ya Allah Engkau kurniakanlah sifat-sifat iman dalam diri kami

Ya Allah Engkau kurniakanlah pengiktirafan Mu pada kami

Ya Allah kurniakan kami hubungan yang khusus dengan zat Mu

Ya Allah kami milik Mu Ya Allah

Ya Allah bantulah kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai

Ya Allah tetapkan kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai

Ya Allah kurniakanlah istikhlas dan istiqamat

Ya Allah Engkau satukan umat ini dengan usaha dakwah

Ya Allah Engkau jadikan setiap individu umat ini da’ie agama Mu

Ya Allah kurniakanlah kepedihan atas keruntuhan agama dalam hati-hati umat ini

Ya Allah Engkau gunakan setiap kemampuan-kemampuan kami dalam kerja agama

Ya Allah Engkau gunakan umat ini untuk buat pengorbanan untuk agama Mu

Ya Allah Engkau kurniakan hidayah pada seluruh umat

Ya Allah Engkaulah yang satu-satunya yang membuat tarbiah hakiki hanya tarbiyah Mu sahajalah yang hakikat tarbiah.

Ya Allah tarbiah umat ini dengan sebaiknya

Ya Allah Engkau kurniakan kami dengan kehidupan sunnah Nabi saw

Ya Allah Engkau hidupkan kehidupan sunnah Nabi saw pada umat

Ya Allah Engkau kurniakan kebencian dalam hati kami cara kehidupan orang kafir dan hidupkan sunnah-sunnah dalam diri kami

Ya Allah keluarkanlah sifat kehaiwanan dan tidak berakhlak dari kami

Ya Allah kurniakan sifat insaniah dalam diri kami

Ya Allah berilah petunjuk pada setiap individu umat ini

Ya Allah amkan hidayat pada seluruh umat

Ya Allah luaskanlah jalan-jalan hidayat

Ya Allah tutupkanlah pintu-pintu batil

Ya Allah hancurkanlah suara-suara batil

Ya Allah Engkau gagalkanlah rancangan-rancangan batil

Ya Allah peliharalah usaha-usaha agama ini, rakan-rakan usaha agama, markas-markas usaha agama, masjid-masjid buat usaha agama, madrasah-madrasah dan semua pergerakan-pergerakan agama yang haq

Ya Allah bantulah kami dengan setiap langkah kami

Ya Allah tunjuklah kami dengan setiap langkah kami

Ya Allah kurniakan taufik untuk buat kebaikan-kebaikan

Ya Allah bantu kami dengan usaha-usaha agama yang penting

Ya Allah kurniakan keampunan, tutupkan kesalahan-kesalahan kami, mudahkanlah kami .

Ya Allah kurniakanlah ihsan Mu pada kami.

Ya Allah mudahkan urusan kami dengan kurniaan Mu

Ya Allah tanamkan keyakinan atas nusrah ghaib Mu dalam hati kami dan Engkau turunkanlah nusrah ghaib Mu pada kami.

Ya Allah di mana perlunya hujan, Engkau turunkan hujan rahmat Mu ( 3x )

Ya Allah jangan pandang umat ini dengan pandangan murka Mu lihatlah umat ini dengan pandangan ihsan Mu

Ya Allah jadikan umat ini menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan dan kurniakan umat ini taufik untuk bertaubat

Ya Allah jangan hindarkan rahmat / ihsan Mu pada umat ini

Ya Allah kasihanlah dan rahmatilah umat ini.
Kau turunkan hujan rahmat Mu ( 3 x )

Ya Allah keluarkanlah harapan dalam hati kami pada ghair (selain daripada Allah), kurniakan kami taufik untuk mengambil manfaat terus dari zat Mu

Ya Allah keluarkanlah keyakinan yang salah pada makhluk dalam hati-hati kami dan tetapkan kami dalam mentaati perintah-perintah Mu

Ya Allah pada orang-orang yang ada masalah hutang, Engkau bantulah mereka dengan pertolongan ghaib Mu untuk menyelesaikan masalah mereka.

Ya Allah Engkau sembuhkanlah orang-orang yang sakit

Ya Allah Engkau keluarkanlah kelemahan-kelemahan zahir dan batin kami

Ya Allah Engkau kurniakanlah kekuatan zahir dan batin kami

Ya Allah kurniakanlah fikir akhirat dalam hati-hati umat

Ya Allah hapuskanlah kelalaian dalam diri kami

Ya Allah kurniakanlah fikir akhirat dalam hati kami

Ya Allah dengan ihsan Mu / rahmat Mu terimalah doa kami”


- Hadrat Asy-Syaikh Muhammad Saad Al-Kandahlawi d.b.

(beliau merupakan keturunan Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq r.a.)

Wednesday, June 24, 2009

APA PANDANGAN ANDA TENTANG ARTIKEL INI?

Berikut adalah 10 jenis orang yang main friendster : -

  • Sukakan ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan. Kalau dah dalam friendlist tu ada campur laki pompuan, tak ke namanya ikhtilat tuh? Dah tu siap berbalas-balas testi lagi apa kejadah? "kaifa haluk", "ukhwah fillah abadan abada", "i love u, u love me". Abah engkau! Siap buat group-group 'usroh' la, 'dakwah' la, 'ukhwah' la. Alih-alih aku tengok dalam forum cerita benda-benda bangang jugak. Cintan-cintunla, cinta islamik la, mee cintan la. Benda-benda ilmiah tanak pulak bincang. Kepala hotak berjambul betul.

  • Pembohong, penipu, kaki auta. Aku rasa orang paling kuat menipu kat dunia ni orang main friendster la. Pasal apa? Umur baru darjah 1 tak sedar diri tulis 25 tahun. Yang muda perasan nak mampus tua, yang tua nak mampus perasan muda. Tak ke pembohong namanya? Gatal tulis status married padahal belum kahwin pun. Tak pun tulis it's complicated la konon nak jaga ikhtilat. Kepala dia! Tu belum lagi favourite book, movie dan benda-benda alah lain. Tah betul tah tidak. Dengan sajak-sajak bodoh lagi kat about me. Tah pape tah.

  • Suka show-off. Asal pergi melancong kat mana-mana mesti nak upload gambar. Walaupun tempat pelancongan tu hanya batu-bata, asal boleh nak upload gambar. Lagi la kalau jalan-jalan kat tempat yang cool macam europe ke turki ke apa-apa la. Bajet best la. Kalau tiba besday dia lagi la nak show off. Habis semua dia tayang dari kek besday sampaila hadiah besday. Apa kejadah tah. Ingat best sangat la besday dia. Boleh blah! Kalau upload gambar buku, meja, pensel, bilik, katil dan lain-lain objek bangang lagi la cam bangang.

  • Bajet cun/hensem. Tunjuk gambar sendiri dengan pose-pose tertentu (yang dia ingat dah abis cun/hensem). Pastu edit sikit-sikit guna photoshop supaya nampak cool. Kalau dah hodoh buat la cara hodoh. Kalau cun/hensem pun, tak yah la nak berlagak nak mampus. Orang putih kata "Beauty is only a skin deep". Kalau aku toreh muka tu dah tak cun dah. Yang tak tahan tu amik gambar depan cermin la, tengah tido la, buat gaya L kat dagu la. Hek elehhh....bajet cool je

  • Nak cari kawan/ kapel. Sepanjang obvervation aku, aku tengok orang main friendster ni ramai yang sebenarnya alone, takde kawan kat dunia realiti. Pakwe takde, awek takde kawan pun takde. So dia guna friendster nak cari kawan/kapel. Tengok mamat ni hensem sikit atau islamik sikit, mulala dia nak add. Tak pun tengok awek sorang ni macam cun je atau cam muslimah solehah ukhwah fillah, mula la gatal tangan nak add. Hek elehh kat friendster berani la kau. Kat luar kecut. Oi, nak cari kawan cari yang realiti la. Apa jadah kawan friendster. Anytime boleh add anytime boleh delete. Takde nilai perkawanan langsung. Sampah.

  • Suka crappy material. Nama je muslim, tapi suka benda-benda sampah. Forward emel-emel bodoh. Konon taktik keji orang kafir tapi senanya dia sendiri yang keji forward emel bodoh. Then, suka survey-survey things kat bulletin. Apa jadah tah tah survey diri sendiri. 'Pakai baju kaler ape?', 'Tengah buat apa?', 'Kali terakhir telefon siapa?'. Bangang. Orang yang buat survey pun jugak bangang. Pastu suka benda-benda superstitious. Kalau suka kaler merah maknanya kuat merajuk, kalau lahir zodiak capricorn maknanya perangai sengal. Siapa ajar? Abah ajar?

  • Suka buang masa. Hanya dengan friendster, ramai yang dah tergadai masa dengan sia-sia. Bayangla kalau setakat reply-reply testi untuk benda-benda bodoh macam peristiwa kelakar kat university, rumah, tengah jalan, tak ke buang masa namanya. Untuk friendster sanggup berjam-jam edit layout bagi nampak lawa. Sanggup berjam-jam edit gambar untuk upload kat friendster. Setiap hari mesti nak login walaupun takde testi baru atau komen baru. Aih aku sendiri terasa bangang yang amat main friendster dulu.

  • Suka tengok gambar lucah. Ada ke gambar lucah kat friendster? Ada la mangkuk. Tiap-tiap kali nak login pun dah ada dah tertayang. Dengan gambar pompuan nampak cleavage dadanya, tak ke gambar lucah tu? Tu belum dah login lagi tuh. Dah login lagi la. Pergh...klu first time boleh consider lagi 'rezeki'. Tapi kalau dah login banyak-banyak kali tu, apa jadah rezki lagi? Contohla, kau nak buat rehlah kat laut mati. Datang-datang je kau tengok ramai gile pompuan pakai bikini. First time datang rezeki la kan? Tapi dalam keadaan kau dah tau yg laut mati tu tempat pompuan berbikini selalu lepak, nak ke kau datang buat kali kedua? Itu bukan rezki lagi namanya. Itu namanya mangkuk hayunan.

  • Perosak bahasa. Tak kisah la bahasa Melayu ke, English ke, Arab ke tapi yang pasti ramai di kalangan friendsterer ni yang perosak bahasa. Tak caya tengok jela testi-testi yang ditulis. Dengan short-form yg tah pape yg aku pun susah nak faham. Apehal pulak tulis 'sy sk awk, sy syg awk, sy rnd awk'?! Graduate dari sekolah tamil apa? Tulis je la 'saya suka awak, saya sayang awak, saya rindu awak'. Pemalas nak mampus. Ada hati nak sayang-sayang anak orang. Kerbau pun pandai taip penuh.

  • Childish. Siapa rasa main friendster menyebabkan dia menjadi matang. Matang dalam kehidupan, matang dalam menangani masalah, matang dalam segala aspek. Sila angkat tangan. Dah angkat? Ok siapa-siapa yang angkat tangan tadi ketuk kepala 3 kali sambil kata 'mangkuk'. Dah tua bangka pun nak tangkap gambar bulatan kaki, bulatan tangan dan sebagainya. Dah besar panjang pun nak buat personality test la, kuiz la tah pape. Mengada je.
p/s : artikel ini sy amik drpd slh satu forum dlm laman web.... sy amat tertarik dengan apa yng dinyatakan... ini hanya skadar satu perkongsian bersama... betul atau tidak, terpulang pd diri sendiri...

Bulan REJAB : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalannya

Pengertian


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)


Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj


Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk


Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.





4. Pembebasan Baitul-Muqaddis


Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.


Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan



Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.



Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com

Tuesday, June 23, 2009

Tataplah Wajah Insan Yang Anda Sayangi Sebelum...

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai-belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata-mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu....
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan..
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah ......KITA... ...

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.


"Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang tersayang itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

Senyumlah Disaat Hati Ingin Menangis

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SENYUMLaH~

kerana

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sirna kelamnya


'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'

(Al-Baqarah:284)

jalan PULANG yang di CARI

Tersungkur aku di persimpangan,
Tertunduk lesu mengenangkan,
Dosa-dosa sepanjang perjalanan,
Dalam mencari makna sebuah kehidupan,
Tenggelamnya aku dalam cambuan nafsu yang berpanjangan.

Kelu lidahku,kaku pergerakanku,
Ke mana lagi arah yang harus ku tuju?
Ke kiri atau ke kanan?
Apa yang menanti di sebelah sana?
Dan apa pula yang menanti di sebelah sini?

Ku pandang kiri,ku pandang kanan,
Kedua-duanya mengisi ruang fikiran,
Berputar ligat akal ini mencari ikhtiar,
Arah yang mana patut dijadikan pilihan?
Terdiam sepi aku buat seketika.

Dalam kebuntuan aku di situ,
Terbit pula suatu cahaya,
Yang menyinari seluruh alam fana,
Membuatkan aku terkesima dan terpana,
Dek penangan nur yang inderaloka.

Kedengaran suatu suara di cuping telinga,
Seolah-olah bergema seluruh alam buana,
Memberitahu aku tentang dosa dan pahala,
Mengingatkan aku pada yang hak dan batil,
Menegur aku yang alpa dan leka,
Mengajak aku pulang kepada Yang Maha Kuasa.

Persoalan tersendu,balas hampa bisu,
Dulu aku tersungkur,kini ku berdiri,
Dulu ku menunduk,kini ku celik,
Ku tinggalkan segala igauan buruk semalam,
Ku langkahkan kaki ini,menuju sinar hangatnya mentari.

Betapa syukur ini ku panjatkan,
Ku persembahkan salam ingatan,
Buat Dia Yang Maha Pengampun,
Menerima baik dan buruknya diri ini,
Yang hanya bergelar seorang hamba yang hina lagi dina.

Siapalah aku tanpa cintaNya?
Hebatkah aku tanpa kurniaanNya?
Berjayakah aku tanpa keizinanNya?
Bahagiakah aku tanpa rahmatNya?
Sempurnakah aku tanpa nikmatNya?

Di penjuru kamar kecil ini,
Berteleku aku di atas sejadah,
Disirami dengan air wudhuk yang menyejukkan,
Ku baluti tubuh ini dengan sesuci bersihnya telekung,
Ku hiasi jari ini dengan kiraan tasbih,
Ku basahi lidahku dengan zikirullah,
Ku titiskan air mata penuh syahdu,
Mengimbau kembali betapa buruknya aku,
Pada pandanganMu Ilahi.

Hanya maghfirahMu yang aku damba,
Agar diri ini diselimuti sifat mahmudah,
Keimanan seteguh para sahabat,
Ketaqwaan setinggi para syuhada,
Keberanian Saidina Umar al-Khattab,
dan Ketabahan Saiditina Khadijah.

Semoga hari-hari mendatang,
Membimbing aku supaya lebih kuat,
Mengharungi arus fatamorgana,
Yang sering melalaikan dan menipu daya,
Setiap insan yang hidup di dunia.

Taubat

Ya Rabbi, kini aku berada di sisi-Mu
Aku datang dengan mata menangis
Kudatang dengan rintihan, kegelisahan, dan kesedihan
Telah kuperbuat banyak kejahatan dan dosa
Sehingga jadilah aku sang pendosa

Di sisi-Mu-lah sekarang, hai Sang Maharaja
Aku datang dengan penuh penyesalan
Hati ini sudah dipenuhi kesalahan
Aku sangat malu saat menerima soalan
Bagaikan burung yang terikat sayapnya
Aku datang sambil jatuh bangun Wajahku merunduk ke tanah
Aku datang dengan pandangan sembab

Wahai penguasa alam, lihatlah
Aku datang dengan hati terbakar

Tiada yang dapat menenangkan hatiku selain Dzat-Mu
Akulah makhluk-Mu yang hanya berharap redha-Mu
Kerna Engkaulah penentu semua perbuatan dan prilaku
Hanya pada-Mu-lah kegundahanku dapat berlalu

Hanya dari mata air sayang dan kemuliaan-Mu-lah Ya Allah
Air lain tidak mengalir ke sungai-sungai tubuhku
Semenjak diriku tercakup dalam inayah-Mu
Tiada beban dalam tubuhku selain beban kegundahan-Mu

Ya Allah, hariku gelap, perbuatanku salah
Ya Allah, akulah pendosa dan bermasalah
Ya Allah, maafkanlah hamba-Mu ini
Ampunilah hamba-Mu yang malu ini

Meski kejahatan segunung dosa
Di sisi ampunan-Mu, lebih kecil dari biji gandum
Jangan Kau masukkan daku ke dalam neraka-Mu
Aku yang kebingungan, sedih, dan merintih

Berharap pada-Mu, hai Yang Mahahidup lagi Mahasuci
Aku Mohon pada-Mu, sebuah hati yang menangis dan letih
Kerna tempat-Mu di hati yang hancur.

Ya Allah, lindungi mereka yang tak punya perlindungan
Tataplah mereka yang keletihan
Betapa sedikit peminta yang beroleh perhatian si sultan
Banyaknya kebutuhan membuatku gelisah
Saksikanlah kegelisahanku, Wahai Tuhan

Ya Allah, kusandarkan diriku pada kasih sayang-Mu
Kerna tiada yang layak disandar selain kasih sayang-Mu
Bimbinglah hati yang gundah-gulana
Kerna hati tanpa pembimbing kan jatuh dalam sumur
Kepala menempel ke tanah rumah-Mu

Sambil meminta, butuh, dan menghatur ampunan
Telah datang pada-Mu tawanan yang pemalu lagi pendosa
Sambil berharap kasih sayang dan ampunan-Mu
Seorang pengemis dengan tangis penyesalan
Menjadi tak berguna karna beban dosa
Kugapai tangan Yang Maha Pengampun
Agar dianugerahkan sesuatu yang istimewa

Tuesday, June 9, 2009

ukhuwah

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih.. ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya