Wednesday, August 26, 2009

ALLAHLAH YANG BERKUASA MEMBERI PENGGANTI

Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi itu pun apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya.

"Sesiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku akan mengganti kedua-dua(mata)nya itu dengan syurga." (Hadis Nabi) dan:

"Sesiapa yang Kuambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharap redha(Ku), nescaya Aku akan menggantinya dengan syurga." (Hadis Nabi)

Dengan kata lain, sesiapa kehilangan anaknya namun ia tetap berusaha untuk bersabar maka di akhirat nanti akan dibangunkan untuknya satu Baitul Hamad (Istana Pujaan).

Maka kita tidak perlu bersedih hati dengan musibah yang menimpa kita, sebab yang menentukan semua itu adalah Allah yang mempunyai syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.


Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapat penghormatanyang mulia di syurga Firdaus. Janji Allah itu termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu.
Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu." (Surah Ar-Ra'd: 24)

Bagaimanapun, kita perlu selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang biasanya berkesudahan dengan kebaikan kita. Dengan begitu, kita termasuk golongan orang-orang yang disebut dalam Surah Al-Baqarah: 157 yang bermaksud:

"Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari
Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat
petunjuk hidayah-Nya."

Ini merupakan ucapan tahniah bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Usia dunia ini sangat singkat dan gudang nikmatnya pun sangat kecil. Sedangkan akhirat lebih baik dan kekal, hingga sesiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat nanti; dan sesiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat.

Berbaza dengan mereka yang sememangnya lebih mencintai dunia, hanya mengharap nikmat dunia sahaja dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka sentiasa susah; cemas tidak mendapat nikmat dunia dan takut tidak tenang hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menghendaki nikmat dunia sahaja, sehingga mereka sentiasa memandang musibah sebagai malapetaka besar yang merugikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sasuatu yang gelap gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah tapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang ditimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kamu. Sebaliknya kamu beruntung sebab Allah sentiasa menurunkan sesuatu kepada para hamba-Nya dengan ketetapan yang dicelah-celah huruf kalimatnya terdapat kelembutan, kasih sayang, pahala, balasan dan juga pilihan. Justeru itu, siapa sahaja yang ditimpa musibah yang hebat, ia mesti menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan cara berfikir yang matang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa ganjaran dari musibah itu adalah:

"Serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) satu tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat) dan disebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa." (Surah Al-Hadid: 13)

Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih kekal, lebih utama dan lebih mulia.

Tuesday, August 25, 2009

Ujian Daripada Allah

tiada siapa y memilih utk perjalanan hdp y buntu dan sukar..di dlm derita n kepayahan..hanya org terpilih dikalanganNya y akan menerima ujian sebegitu..Allah Taala tahu akan hambaNYA y mampu berhadapan dgn mslh n ujian ini..di perjalan ujian itu tiada lain hanya kehambaan kita pdNya..Dialah y lbh mengetahui apa y terbaik utuk kita..jgn berputsu asa..Allah Taala tahu syahida dlm keperitan dan derita..jgn sesalkan dgn ujian y mendatang ini..kuatkan tawakal pdNya...hanya orang yang mampu mengharungi ujian ini dipilih olehNya..

Monday, August 24, 2009

APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI

MENGINGAT-INGAT MASA LALU DAN BERSEDIH HATI KERANANYA ADALAH SATU TINDAKAN BODOH DAN GILA. LEBIH DARIPADA ITU, IA BOLEH MEMATIKAN KEHENDAK DAN MEMBINASAKAN MASA DEPAN.

BAGI ORANG-ORANG YANG WARAS, FAIL MASA LALU ITU SEPATUTNYA DILIPAT DAN DISIMPAN, BUKAN DIBUKA DAN DIPERSOALKAN. IA PERLU DITUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA DAN DIKURUNG DI DALAM PENJARA KELUPAAN, DIIKAT DENGAN GARI DI DALAM KURUNGAN YANG KUAT HINGGA IA TIDAK DAPAT KELUAR. IANYA PERLU DIPERAP SEDEMIKIAN RUPA SUPAYA IA TIDAK TERKENA CAHAYA, SEBAB IA ADALAH SESUATU YANG SUDAH BERLALU DAN SUDAH SELESAI. MAKA IA TIDAK MUNGKIN KEMBALI DENGAN APA JUGA KESEDIHAN, TIDAK DAPAT DIUBAH DAN DIPERBAIKI DENGAN APA JUGA KEDUKAAN, TIDAK DAPAT DIHADIRKAN SEMULA DENGAN APA JUGA KEGELISAHAN DAN TIDAK AKAN DAPAT DIHIDUPKAN SEMULA DENGAN APA JUGA KEBINGUNGAN - IA ADALAH SESUATU YANG SUDAH TIADA.

JANGAN BIARKAN HIDUPMU DIHANTUI MASA LALU, JANGAN BIARKAN DIRIMU SENTIASA DIBAYANG-BAYANGI OLEH SESUATU YANG SUDAH BERLALU. LEPASKANLAH DIRIMU DARI PENGARUH DAN BAYANGAN MASA LAMPAU. ADAKAH KITA MAHU MENGEMBALIKAN SUNGAI KEPADA SUMBER MATA AIRNYA, MEMULANGKAN MATAHARI KEPADA TEMPAT TERBITNYA, MENGEMBALIKAN KANAK-KANAK KE DALAM RAHIM IBUNYA, AIR SUSU KEPADA PUTING SUSU HAIWAN DAN AIRMATA KEPADA MATA? SESUNGGUHNYA MERATAPI MASA LALU DAN MENANGISINYA AKAN MEMBUATMU TERBAKAR DENGAN APINYA. KEMBALI KE PANGKUAN MASA LALU SAMA SAHAJA DENGAN MELETAKKAN KITA DALAM KEMELUT DAN TRAGEDI YANG SANGAT DAHSYAT DAN MENAKUTKAN.

HIDUP SAMBIL MENGUNGKIT-UNGKIT MASA LALU BERMAKNA MENYIA-NYIAKAN MASA SEKARANG, MENGOYAK-NGOYAK PERJUANGAN DAN MEMPORAK-PERANDAKAN MASA KINI. ALLAH S.W.T. SUDAH MENCERITAKAN TENTANG UMAT-UMAT YANG LAMPAU DAN APA YANG SUDAH MEREKA LAKUKAN. "YANG DEMIKIAN ITU ADALAH SATU UMAT YANG TELAH BERLALU." SEGALA SESUATUNYA SUDAH SELESAI BAGI MEREKA. TIDAK ADA GUNANYA LAGI MENGHURAI DAN MEMANJANGKAN CERITA PERJALANAN MASA KERANA IA SAMA SAHAJA DENGAN MEMUTAR SEMULA PERJALANAN SEJARAH.

SESUNGGUHNYA ORANG YANG KEMBALI KEPADA MASA LALU SAMA DENGAN ORANG YANG MENGGILING TEPUNG ATAU ORANG YANG MENGGERGAJI DEDAK KAYU TETAPI DIRINYA SENDIRI TURUT TERGILIS SAMA. TERDAPAT UNGKAPAN LAMA TERHADAP MEREKA YANG SUKA MERATAPI MASA LALU: "HEI, JANGAN KELUARKAN MAYAT-MAYAT ITU DARI KUBUR MEREKA!" DISEBUT BAHAWA MEREKA YANG BOLEH BERCAKAP DENGAN BAHASA HAIWAN, MEREKA BERTANYA KEPADA KELDAI: "MENGAPA ENGKAU TIDAK MENARIK KERETA LAGI?" SI KELDAI MENJAWAB: "AKU TIDAK SUKA MENIPU."

MALANGNYA KITA TIDAK MAHU DAN BERUSAHA MENANGANI MASA KINI, SEBALIKNYA KITA SIBUK MEMIKIRKAN MASA LALU KITA. KITA MENYIA-NYIAKAN ISTANA-ISTANA KITA YANG MEGAH, SEBALIKNYA KITA PULA SIBUK MENGURUSKAN RERUNTUHAN BANGUNAN LAMA. SEKIRANYA MANUSIA DAN JIN BEKERJASAMA DAN BERTUNGKUS-LUMUS UNTUK MENGEMBALIKAN MASA LALU ITU, NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA, SEBAB PADA DASARNYA IA ADALAH MUSTAHIL.

SESUNGGUHNYA MANUSIA TIDAK PERLU MENOLEH ATAU BERPALING KE BELAKANG, SEBAB HEMBUSAN ANGIN SENTIASA MENGHALA KE DEPAN, AIR MENGALIR PUN MENUJU KE DEPAN, KAFILAH BERJALAN PUN KE ARAH DEPAN. JUSTERU, JANGANLAH CUBA MENENTANG ARUS DAN ATURAN HIDUP, SUNNAH ALAM.

YA ALLAH!

Apabila laut bergelombang, ombak menghempas dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berseru: Ya Allah ya Tuhanku.

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir gurun sahara, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, ia pun berseru: Ya Allah ya Tuhanku.

Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka oarang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati: Ya Allah ya Tuhanku.

Apabila segala pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru: Ya Allah ya Tuhanku.

Apabila ikhtiarbsudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru: Ya Allah ya Tuhanku.

Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat kita, sedangkan diri kita berasa seolah-olah dihimpit oleh segala yang kita tanggung, berserulah: Ya Allah ya Tuhanku.

"Sungguh aku mengingati-Mu pada malam yang hitam pekat, ketika hamparan masa kotor berdebu. Aku berteriak kuat ketika fajar menyingsing sambil tersenyum lebar."

Kepada Allah jualah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian airmata dan segala keluh-kesah kesedihan.

Kepada-Nya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.

Dengan nama-Nya setiap lidah menyebut, meminta tolong, bermohon dan memanggil. Dengan memngingati-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang. Urat-urat saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap.

Monday, August 10, 2009

Membawa Diri Dengan Penuh Harapan Yang belum Pasti...

Assalamualaikum...
Saya memohon jutaan kemaafan kepada pengunjung setia blog ini yang sekian lama menanti artikel yang terbaru daripada saya. Saya terpaksa berehat buat sementara waktu, saya juga tidak pasti selama mana saya perlu berehat. Bila keadaan dan masa mengizinkan, insya allah saya akan kembali bersama dengan pengunjung setia. Terima kasih kerana menjadi pengunjung blog ini yang setia.