Tuesday, December 8, 2009

KEJADIAN YANG TIDAK DISANGKA BERLAKU

Hasrat calon SPM beli alat tulis di KB Mall bertukar tragedi

KOTA BHARU: Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.




"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear.

"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.

"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.
Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya.



TRAGEDI DI KELANTAN

Kereta alami masalah enjin ditolak sebelum rempuh dinding kompleks

KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.

Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.


Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.

"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.

"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.

"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.

Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.

"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.

"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.

Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.

Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.

RAKAMAN TRAGEDI KBMALL














  • Takziah buat keluarga mangsa yg terkorban dalam kejadian tersebut. semoga tabah dan diberi kekuatan mengharungi dugaan yang tidak dipinta hadirnya....

Friday, December 4, 2009

Cinta Dan Waktu

Disebuah pulau yang kecil, tinggallah bermacam - macam benda yang abstrak iaitu, ada CINTA, KESEDIHAN, KEKAYAAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dgn baik.

Namun pada suatu ketika, datang badai yang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba - tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau itu cepat - cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan kerana dia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. CINTA berdiri ditepi pantai cuba mencari pertolongan. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki CINTA.

Tidak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA kepada KEKAYAAN. "Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN, "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipun tidak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN pun cepat - cepat mengayuh perahunya pergi. CINTA terasa amat sedih sekali, namun kemudiannya CINTA melihat KEGEMBIRAAN melewati dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia telah menemukan perahu sehingga dia tidak mendengar teriakan CINTA.

Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tidak lama kemudian, lewatilah KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA meminta tolong pada KECANTIKAN. "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tidak boleh membawamu bersama. Nanti kamu akan mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengar jawapan KECANTIKAN itu. CINTA mula menangis teresak - esak. Pada saat itu, lewatilah KESEDIHAN. "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata Cinta. "Maaf, CINTA. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian sahaja..." kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA sudah mulai terasa putus asa. CINTA merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritikal itulah tiba - tiba terdengar suara, "CINTA! mari cepat naik ke perahuku!" CINTA cepat - cepat terus menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat - cepat CINTA menaiki perahu itu tepat sebelum air itu menenggelamkannya.

Di pulau terdekat itu, orang tua itu menurunkan CINTA dan dengan segera orang tua tersebut pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa dia sama sekali tidak mengenali atau mengetahui siapakah orang tua yang telah menyelamatkannya itu. CINTA segera bertanya tentang orang tua itu kepada salah seorang penduduk tua di pulau itu, siapakah sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah WAKTU." kata orang itu. "Tapi, mengapakah dia menyelamatkanku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman - teman yang mengenaliku pun enggan menolongku" tanya CINTA kehairanan. "Sebab..., Hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya daripada CINTA itu..."