Sunday, September 13, 2009

13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, dalam setahun ada satu bulan yang mana kedatangannya sentiasa dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman. Bulan tersebut dinamakan sebagai BULAN RAMADHAN. Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya masih lagi memberi kita peluang untuk bersama atau bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan pada tahun ini. Pada bulan ini Allah s.w.t mencurahkan segala kebaikan-Nya untuk segenap hamba - hamba-Nya yang beriman. Di bulan Ramadhan ini juga, para sahabat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w dan salafus shalih terdahulu selalu berlumba - lumba untuk melakukan kebaikan dan amal ibadah.  
Namun kini, keadaan umat islam sungguh menyedihkan dan memilukan. Majoriti umat islam sekarang bukan sahaja lemah untuk di ajak berfastabiqul khairat (berlumba - lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai - bagai kesalahan. Marilah kita bersama - sama merenung dan memuhasabah diri :-
Antara kesilapan tersebut ialah :-
  •  BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT. 
Sanggup berlapar dan dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat.Anak disuruh berpuasa tetapi dibiarkan tidak solat.Ada juga yang berpuasa tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika di bulan Ramadhan sahaja. 
Orang seperti di atas, puasa dah sedekahnya tidak bermanfaat. Ini kerana solat adalah tiang utama agama Islam.
  • TIDAK MENJAGA BATAS - BATAS AGAMA.
Terutamanya hal yang berkaitan dengan aurat. Lelaki memakai seluar pendek sehingga menampakkan auratnya. Manakala, perempuan pula tidak bertudung dan memakai pakaian yang menjolok mata.
  • MEMGHABISKAN MASA DENGAN MENONTON TELEVISYEN, VIDEO DAN CD. 
Menonton siaran televisyen, video dan CD yang membawa kepada kelalaian, tidak memberi faedah dan juga banyak membuang masa yang sepatutnya masa tersebut adalah yang terbaik untuk kita melakukan amal ibadah.
  • MEREBUT PELUANG MENCARI DUIT DENGAN BERNIAGA TETAPI MENINGGALKAN PELUANG MENDAPAT PAHALA BERGANDA-GANDA.
  • SEMAKIN CEPAT MARAH.
Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan Ramadhan ini yang banyak menuntut kita supaya bersabar.
  • MEMBAZIR KETIKA BERBUKA PUASA.
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
  • TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH.
  • MEMBIARKAN ATAU MENGGALAKKAN ANAK-ANAK BERMAIN MERCUN.
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang sedang menunaikan solat terawih di masjid atau surau yang berdekatan dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
  • HANYA BERPUASA MAKAN DAN MINUM SAHAJA.
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya. Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
  • TANPA PERSEDIAAN MENTAL DAN EMOSI TENTANG MATLAMAT, KELEBIHAN DAN KEDUDUKAN PUASA RAMADHAN.
Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, "maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43).
Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih)
  • MENANG SORAK, TERAWIH ALA KADAR.
Solat secara 'ekspress' dan juga malakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat Al-Quran, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thoma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada orang yang tidak thoma'ninah dalam solatnya : "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih)
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja dan juga saf solat tarawih tidak dipenuhkan.
  • TADARUS AL-QURAN HANYA DI BULAN RAMADHAN SAHAJA.
  • TIDAK MAHU BERSAHUR.
"Sahurlah kamu kerana di dalam sahur itu ada berkat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi).   
  

No comments: